Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli berucap pada Konvensyen 25 Tahun PKR di Ideal Convention Centre (IDCC) Shah Alam. Foto MOHD ADZLAN, 21 APRIL 2024.

KUALA LUMPUR – Dalam suasana politik yang hangat dengan isu pemilihan parti, Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli mencuri perhatian netizen apabila berkongsi satu kisah santai namun mencuit hati melibatkan isterinya.

Menerusi satu hantaran di media sosial, Rafizi menggambarkan betapa tenangnya suasana di rumah walaupun isu politik sedang hangat diperbincangkan.

Menurut beliau, sebaik tiba di rumah selepas hari yang sibuk, isterinya dengan tenang bertanya satu soalan yang nampak mudah tetapi mendalam.

“Apa beza pepatah dengan peribahasa?, tulis Rafizi.

Soalan itu mencuit hati Rafizi kerana ia begitu jauh berbeza dengan isu-isu berat yang sedang dibincangkan di arena politik.

“Orang semua bising pasal pemilihan, balik rumah semalam, dengan selambanya my wife tanya,” tulis beliau di aplikasi X.

Menambahkan unsur jenaka, Rafizi turut menyindir penggunaan teknologi kecerdasan buatan (AI), khususnya Grok, yang menurutnya mungkin akan memberikan jawapan yang ‘kurang tepat’.

“Jangan tanya Grok, nanti dia bagi pepatah ‘rajin seperti kambing’,” tulisnya berserta emoji ketawa.

Grok merujuk kepada AI yang ditawarkan di luar ekosistem X sejak ia dilancarkan pada tahun 2023 sebagai pesaing kepada ChatGPT.

Grok ditawarkan sebagai Chatbot yang mampu berjenaka dan memberikan jawapan sensitif yang enggan dijawab oleh ChatGPT.

Perkongsian itu menerima pelbagai reaksi netizen yang turut berkongsi pengalaman mereka dengan soalan-soalan tidak dijangka daripada pasangan masing-masing.

Perkongsian Rafizi ini sekali lagi menunjukkan bahawa dalam kesibukan mengurus negara, beliau masih mampu membawa sisi humor dan kemanusiaan yang dekat dengan rakyat.

Terdahulu, media melaporkan desas-desus mengenai Rafizi yang didakwa mengambil cuti panjang telah mencetuskan perbincangan hangat dalam kalangan akar umbi parti, terutamanya ketika proses Pemilihan PKR 2025 sedang berlangsung di seluruh negara.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Jumaat lepas dilaporkan berkata tindakan Rafizi yang didakwa mengambil cuti panjang tidak perlu dijadikan isu, sebaliknya cuti yang dimohon Ahli Parlimen Pandan itu hanyalah beberapa hari, bukan sehingga hujung bulan seperti dilaporkan media massa.

Bagaimanapun, Rafizi yang juga Menteri Ekonomi kembali bertugas hari ini selepas dilaporkan mengambil cuti panjang.

Perkara itu disahkan Naib Presiden PKR yang juga Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Chang Lih Kang. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here