Foto Facebook Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.
KUALA LUMPUR – Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail kekal tenang menjalankan tugas hakiki di kementeriannya di sebaliknya kekecohan isu siapa calon yang akan menawarkan diri sebagai Timbalan Presiden PKR pada pemilihan parti itu hujung bulan ini.
Menerusi Facebook miliknya, Menteri Dalam Negeri itu jelas tidak terganggu dengan isu keriuhan pencalonan jawatan nombor dua parti apabila berkongsi kesibukannya menerima tetamu dalam usaha membangunkan negara.
“Hari ini saya menerima kunjungan hormat daripada Pengarah Pejabat Pembangunan Persekutuan (ICU) Negeri Kedah, Tuan Haji Zepri bin Saad bersama Dr. Mohammad Zaini bin Mohamud, Timbalan Pengarah (Fizikal), di pejabat saya.
“Pertemuan yang ringkas tetapi sarat dengan makna ini membuka ruang untuk perbincangan yang bermanfaat, khususnya berkaitan agenda pembangunan negeri Kedah. Kami sempat bertukar pandangan, serta mengenal pasti beberapa keutamaan dan peluang kerjasama strategik demi memperkukuh kesejahteraan rakyat dan kemajuan negeri.
“Saya amat menghargai komitmen dan kesungguhan pihak ICU Kedah dalam usaha merancang serta melaksanakan pembangunan yang inklusif dan mampan. Semoga jalinan kerjasama ini terus diperkukuh demi masa depan yang lebih gemilang buat negeri Kedah,” tulisnya.
Ketika ini, nama Saifuddin dikatakan antara individu yang wajar menawarkan diri bertanding sebagai Timbalan Presiden PKR pada pemilihan parti itu, namunĀ  sokongan tiba-tiba diberikan kepada Nurul Izzah Anwar sejak semalam.
Pada Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Rafizi Ramli sedia mempertahankan jawatan dan menentang Nurul Izzah yang juga seorang Naib Presiden PKR. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here