Mayat wanita ditemui dicampak di tepi Lebuhraya Shah Alam (Kesas) berdekatan kawasan Rehat dan Rawat Awan Besar di sini hari ini. Foto orang awam

KUALA LUMPUR – Perselisihan faham menjadi punca mayat seorang wanita ditemui dicampak dari sebuah van di tepi Lebuhraya Shah Alam (Kesas) berdekatan kawasan  Rehat dan Rawat Awan Besar menghala Petaling Jaya petang semalam.

Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Aidil Bolhassan berkata, susulan itu, suspek berusia 50 tahun merupakan suami kepada mangsa ditahan di Taman Kinrara, Puchong sekitar pukul 6 petang.

“Tangkapan dibuat oleh sepasukan anggota dari Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Daerah Cheras susulan laporan diterima di Balai Polis Bandar Kinrara.

“Hasil siasatan mendapati suspek mengaku terlibat dan memaklumkan telah berlaku pertengkaran mulut dengan isterinya ketika dalam perjalanan balik ke rumah mereka.

“Suspek yang telah berkahwin dengan mangsa selama 20 tahun dan mempunyai dua orang anak turut memaklumkan isterinya terlibat dalam penggunaan dadah jenis Methamphetamine,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambah Aidil, semakan ke atas suspek yang bekerja sebagai penghantar barang itu memiliki satu rekod jenayah lampau dan dua rekod dadah.

“Hasil ujian saringan air kencing ke atas suspek didapati positif dadah jenis Methamphetamine, Amphetamine dan Benzodiazepine,” jelasnya.

Berikutan itu, katanya, suspek kini disiasat mengikut Seksyen 304A Kanun Keseksaan.

Semalam media melaporkan mayat seorang wanita ditemui dicampak dari sebuah van di Lebuhraya Kesas berhampiran Rehat dan Rawat Awan Besar menghala Petaling Jaya.

Aidil dilaporkan berkata, pihaknya meneirma panggilan kecemasan berhubung kejadian itu sekitar pukul 2.58 petang dan pemeriksaan mendapati mangsa merupakan warga tempatan berusia 44 tahun.

Katanya, mayat wanita yang beralamat di Menglembu, Ipoh, Perak kemudian telah dibawa ke Hospital Canselor Tuanku Muhriz Universiti Kebangsaan Malaysia bagi siasatan lanjut.  – MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN:

Mayat wanita ditemui dicampak dari sebuah van di Lebuhraya Kesas

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here