olis menahan tiga lelaki selepas melakukan samun terhadap seorang wanita di hentian rehat dan rawat (R&R) Simpang Rengam, Kluang Sabtu lalu.

KLUANG – Polis semalam telah menahan tiga lelaki selepas melakukan samun terhadap seorang wanita di hentian rehat dan rawat (RnR) arah utara berhampiran Simpang Renggam di sini Sabtu lalu.

Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Bahrin Mohd Noh berkata, kejadian berlaku pukul 12.30 tengah malam sebelum mangsa membuat laporan polis.

“Susulan laporan itu, sepasukan pegawai dan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kluang menyerbu tiga lokasi berasingan di Johor Bahru antara pukul 1 hingga 2.30 pagi.

“Polis manahan semua suspek terlibat yang berusia 19 hingga 23 tahun. Dalam kejadian itu mangsa mengalami kerugian RM1,200,” katanya dalam kenyataan malam tadi.

Menurut Bahrin, dua daripada suspek mempunyai rekod jenayah lampau, manakala seorang lagi bebas daripada sebarang rekod.

Katanya, ujian air kencing menunjukkan dua suspek negatif, sementara seorang lagi positif methamphetamine.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan kerana samun berkumpulan. Suspek direman selama enam hari sehingga 11/l Mei ini,” ujarnya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here