DUBAI – Empat puluh dua ekspatriat yang memegang pelbagai jenis bukan haji ditahan pasukan keselamatan Arab Saudin di Mekah kerana melanggar peraturan pelaksanaan haji yang ditetapkan kerajaan.
Gulf News melaporkan langkah tersebut adalah sebahagian daripada kempen keselamatan berterusan bagi memastikan pematuhan protokol ibadat haji khusus untuk menjaga kesihatan dan keselamatan semua jemaah.
Kementerian Dalam Negeri mengesahkan bahawa individu terbabit didapati memasuki Mekah tanpa permit haji yang sah, sekali gus mengingkari arahan jelas yang dikeluarkan kepada penduduk dan pelawat.
Prosiding undang-undang sudah dimulakan terhadap kesemua individu terbabit.
Pihak berkuasa turut melancarkan operasi untuk mengenal pasti dan menahan mereka yang menjadi orang tengah selain memudahkan kehadiran mereka di Mekah.
Antaranya, pihak menyediakan pengangkutan, tempat tinggal atau bentuk bantuan lain yang bertentangan dengan undang-undang.
ARTIKEL BERKAITAN
https://malaysiagazette.com/2025/05/06/jangan-dimusnahkan-kepercayaan-arab-saudi/
Kementerian sama turut mengulangi bahawa mereka yang didapati bersalah membantu jemaah haji yang masuk secara haram akan berdepan hukuman berat termasuk penjara, denda, pengusiran, dan rampasan mana-mana kenderaan atau harta yang digunakan bagi kesalahan itu.
Pihak berkuasa secara konsisten memberi amaran terhadap percubaan menunaikan haji tanpa permit rasmi, menekankan bahawa hanya mereka yang mempunyai permit haji dibenarkan memasuki Makkah semasa musim haji.
Orang ramai turut digesa melaporkan sebarang pelanggaran undang-undang dengan menghubungi 911 di wilayah Mekah, Riyadh, dan Wilayah Timur, dan 999 bagi kawasan lain.
Untuk rekod, Kementerian Pelancongan Arab Saudi sebelum ini mengeluarkan arahan rasmi melarang tempahan penginapan bagi pemegang visa bukan haji di Mekah sepanjang musim Haji 2025.
Menurut kementerian itu, mulai 29 April ini, semua agensi pelancongan dan penginapan dilarang melengkapkan proses tempahan atau daftar masuk bagi pemegang visa lawatan atau pelancong, kecuali mereka mempunyai visa Haji sah atau permit rasmi untuk bekerja atau menetap di Mekah ketika musim haji.
Langkah itu, menurut laporan Saudi Gazette, selaras dengan ketetapan Kementerian Dalam Negeri bagi memastikan keselamatan jemaah, di mana semua pemegang visa selain haji diwajibkan meninggalkan Makkah bermula 1 Zulkaedah. – AGENSI