Majlis Perasmian Hospital Aurelius Pahang (AHP) dirasmikan Tengku Panglima Raja Pahang, Tengku Amir Nasser Ibrahim Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini.

KUANTAN – Hospital Aurelius Pahang (AHP) menjadi hospital pertama di Kuantan menawarkan perkhidmatan penjagaan kanser di Pantai Timur dengan adanya mesin pemecut linear bagi tujuan radioterapi.

Ketua Pegawai Eksekutif Aurelius Hospital Pahang, Khairul Salleh Abd Rani berkata, sebanyak RM36 juta telah diperuntuk bagi membangunkan pelbagai fasiliti perubatan yang lain di hospital berkenaan.

Hospital yang beroperasi sejak 2023 yang terletak di Jalan Gambut di sini yang kini memiliki 57 katil pesakit itu turut menyediakan perkhidmatan onkologi

“Kini AHP sedang membangunkan Pusat Kecemerlangan dalam bidang onkologi, pembedahan invasif minimum, ortopedik serta kesihatan wanita dan kanak-kanak.

“Ia turut dilengkapi dengan pelbagai kemudahan diagnostik dan rawatan canggih seperti MRI 1.5 Tesla, pengimbas CT 64-lembaran, angiogram satu satah, mamogram digital serta pelbagai perkhidmatan pengimejan dan endoskopi.

“Pesakit dialisis di Pahang juga boleh mendapatkan prosedur arteriovenous fistula (AVF) dan tidak perlu ke Johor untuk mendapatkan rawatan, seperti sebelum ini,” katanya.

Tengku Panglima Raja Pahang,  Tengku Amir Nasser Ibrahim Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah (kanan) dan Datuk Ir. Razali Kassim (kiri) mendengar sesi penerangan oleh pengurusn AHP

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perasmian AHP yang dirasmikan Tengku Panglima Raja Pahang, Tengku Amir Nasser Ibrahim Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Hadir sama barisan Exco Kerajaan Negeri Pahang, Datuk Ir. Razali Kassim, Datuk Mohammad Nizar Najib dan Datuk Seri Syed Ibrahim Syed Ahmad.

Menurutnya, Pahang juga menjalinkan kerjasama strategik bersama Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) melalui program perlindungan kesihatan dalam memastikan pesakit yang memerlukan rawatan segera dapat menerima prosedur perubatan penting tanpa penangguhan.

Selain itu, pihaknya juga bekerjasama dengan Zakat Pahang bagi membantu mengurangkan beban pesakit melalui dana zakat bagi rawatan AV Fistula kepada pesakit buah pinggang yang kronik.

Tambahnya, peruntukan tambahan sebanyak RM100 juta juga akan diperuntuk bagi membina sebuah hospital tertiari moden setinggi 12 tingkat dilengkapi dengan 150 katil dan 40 klinik pakar di tapak sama pada masa akan datang.

Setakat ini, hospital itu telah melaksanakan hampir 1,000 pembedahan baharu selain menjalankan pelbagai sesi perundingan dan rawatan onkologi selain menyambut kelahiran lebih daripada 2,000 bayi. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here