Tengkorak manusia yang ditemui di sebuah ladang kelapa sawit, Ladang Bukit Besout, Jalan Kuala Slim, Slim River, Tanjung Malim pada Ahad lalu.

KUALA LUMPUR – Polis mengesahkan penemuan satu rangka manusia di sebuah ladang kelapa sawit di Ladang Bukit Besout, Jalan Kuala Slim, Slim River, Ahad lalu.

Ketua Polis Daerah Muallim, Superintendan Mohd Hasni Mohd Nasir berkata, panggilan diterima kira-kira pukul 5.13 petang daripada orang awam yang menemui rangka tersebut ketika menuju ke kebun berhampiran.

“Hasil siasatan di lokasi dengan bantuan Unit Anjing Pengesan (K9) membawa kepada penemuan hampir keseluruhan rangka manusia, kecuali kedua-dua tapak tangan,” katanya.

Rangka berkenaan telah dihantar ke Jabatan Forensik, Hospital Raja Permaisuri Bainun di Ipoh untuk proses bedah siasat.

Tambahnya, kes diklasifikasikan sebagai laporan mati mengejut (SDR) sehingga keputusan bedah siasat diperoleh.

Sehubungan itu, orang ramai yang kehilangan ahli keluarga, saudara-mara atau kenalan diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi Pegawai Penyiasat, Inspektor Raja Nabila Raja Abdul Samad di talian 012-2854320 atau Ibu Pejabat Polis Daerah Muallim di talian 05-4528222.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here