Mangsa yang berusia 18 tahun tersepit di bahagian pemandu - Foto Ihsan pembaca

KUALA LUMPUR – Seorang remaja lelaki cedera selepas kereta dipandunya terbabas sebelum melanggar sebatang pokok di Jalan Tuaran Bypass, di Kota Kinabalu, Sabah.

Pegawai Bomba Kanan II, Lawrence Matusin selaku Komander Operasi berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 4.41 pagi tadi melalui talian MERS999.

“Sebuah jentera FRT dan unit EMRS dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lintas dengan lapan anggota dikejarkan ke lokasi dan tiba empat minit kemudian.

“Setibanya di lokasi, seorang mangsa lelaki berusia 18 tahun tersepit di bahagian pemandu dan pasukan bomba menggunakan peralatan khas untuk mengeluarkannya,” katanya dalam kenyataan.

Mangsa kemudian diserahkan kepada pasukan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang berada di lokasi untuk rawatan lanjut.

Operasi yang turut dibantu anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) itu tamat sepenuhnya pada pukul 6.05 pagi selepas kawasan disahkan selamat.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here