Dr Asyraf Wajdi Dusuki.

KUALA LUMPUR – Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) sepakat untuk bekerjasama dalam menghadapi Pilihan Raya Negeri ke-17 (PRN17) di Sabah.

Menurut kenyataan bersama Ketua Sekretariat Kerajaan Perpaduan, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki dan Setiausaha Agung PH, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, keputusan itu dicapai dalam mesyuarat pada 8 Mei lalu.

“Mesyuarat kepimpinan tertinggi antara Pengerusi PH, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi pada 8 Mei 2025 telah mencapai kata sepakat untuk bekerjasama bagi menghadapi PRN Sabah,” katanya kenyataan itu, hari ini.

Kenyataan itu memberitahu, perbincangan mengenai pengagihan kerusi dan rundingan dengan mana-mana parti akan diperincikan dengan kepimpinan PH dan BN Sabah dalam masa terdekat.

“Segala keputusan akan dimuktamadkan oleh kepimpinan tertinggi PH dan BN di peringkat kebangsaan,” katanya lagi. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here