Ihsan Pejabat Perdana Menteri KREDIT- Izzuddin Abd Radzak/ Prime Minister’s Office of Malaysia.

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg bersetuju untuk memudahkan rundingan antara Petronas dan Petros dengan memuktamadkan prinsip-prinsip asas dalam masa terdekat seperti yang dipersetujui sebelum ini.

Perkembangan positif itu diperolehi selepas Perdana Menteri mempengerusikan pertemuan dengan Abang Johari, bersama kepimpinan tertinggi Petronas dan Petros di Perdana Putra, Putrajaya, hari ini.

Menurut Pejabat Perdana Menteri dalam kenyataan malam ini, pertemuan tersebut berlangsung dalam suasana mesra dan harmoni berteraskan semangat Persekutuan.

“Langkah ini penting bagi memastikan potensi besar yang telah dikenal pasti daripada kerjasama Petronas dan Petros dapat diteroka secara menyeluruh dan dilaksanakan dengan berkesan.

“Ini termasuklah menyegerakan pembekalan tenaga secara komersial ke negara-negara ASEAN,” kata kenyataan itu.

Tambahnya, Anwar dan Abang Johari juga bersepakat untuk menyelesaikan semua isu berbangkit sebelum ini melalui rundingan. -MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN

Petronas sahkan terima notis Kerajaan Sarawak, operasi patuh PDA 1974

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here