Nuratul Shakirah Sharizan bersama ibu dan bapanya.

SHAH ALAM –  “Syukur alhamdulillah kerana saya mampu melangkah sejauh ini. Segala susah payah takkan mampu ditempuhi tanpa ibu bapa saya yang menyokong dari belakang,” kata Nuratul.

Nuratul Shakirah Sharizan, 26, merupakan antara graduan yang menerima skrol diploma pada Istiadat Konvokesyen UiTM yang ke-101 di Dewan Agung Tuanku Canselor, baru-baru ini.

Lebih bermakna lagi apabila dia menjadikan skrol itu sebagai hadiah paling bermakna kepada ibu bapanya.

Kebetulan pula hari konvokesyennya jatuh pada hari lahir ayahnya, Sharizan Ahmad atau dikenali sebagai Abon, pelawak dan pelakon ‘otai’ Malaysia.

Nuratul berkata, ibu bapanya tidak henti bekerja keras untuk menyaranya sejak kecil dan bertegas untuk tidak mengambil pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) sepanjang tempoh pengajiannya.

Ayah Nuratul berkata, beliau gigih mencari rezeki untuk memastikan keempat-empat anaknya menimba ilmu dalam keadaan tenang.

“Saya kerah tenaga sejak muda supaya keluarga saya hanya bergantung harap kepada saya terutamanya anak-anak.

“Saya bertegas untuk tidak ambil pinjaman PTPTN selagi  saya masih mampu untuk menampung mereka,” katanya.

Abon yang mendidik anak-anaknya agar berdikari dalam hidup berkata, melihat Nuratul naik pentas untuk mengambil skrol diploma sudah cukup membuatkan dia bahagia dan bersyukur.

“Semestinya ini adalah hadiah hari lahir yang sangat berharga dalam hidup saya dan isteri,” ucap Abon dalam senyuman bangga. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here