Amirudin Shari

KUALA LUMPUR – Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari mengumumkan untuk mempertahankan jawatan Naib Presiden PKR bagi sesi pemilihan kali ini.

Dalam kenyataan hari ini, beliau berkata, matlamat utama pemilihan untuk membentuk satu pasukan yang berkeupayaan melaksanakan cita-cita reformasi serta berkhidmat dan bekerja mendukung kepemimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri untuk penggal kedua.

“Menginsafi matlamat serta agenda ini, saya menawarkan diri bagi mempertahankan jawatan Naib Presiden PKR bagi tahun 2025-2028.

“Hasrat ini juga sejajar dengan prinsip untuk memperkukuh PKR sebagai parti politik unggul, paksi reformasi dan teras Kerajaan Perpaduan.

“Dengan tema kempen ‘Reformasi Cita Bangsa’, saya membawa gagasan yang sejajar tema ‘Bersama Membina Parti Kita’ oleh calon Timbalan Presiden, Nurul Izzah Anwar,” katanya menerusi laman Facebook hari ini.

Tangkap layar kenyataan media Amirudin Shari dalam laman Facebook.

Amirudin berkata, pihaknya juga ingin memperligat gerak jentera serta merapatkan saf anggota PKR di samping memperkuat hubungan bersama parti komponen Kerajaan Perpaduan bagi menyusun langkah memenangi Pilihan Raya Umum ke-16.

“Insya-Allah dalam tempoh kempen ini saya akan mengulas dan membentangkan gagasan Reformasi Cita Bangsa ini kepada seluruh anggota PKR. Dengan penuh rendah hati, saya memohon sokongan dan dokongan anggota dalam perjuangan ini,” katanya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here