KUALA LUMPUR – Datuk Fahmi Fadzil mengumumkan bakal bertanding sebagai calon Majlis Pimpinan Pusat (MPP) pada pemilihan parti PKR kali ini.

Beliau yang kini menyandang jawatan Ketua Penerangan PKR berkata, keputusan itu dibuatnya kerana ingin meneruskan perjuangan.

“Sudah lebih dua setengah dekad kita bersama di dalam gerakan reformasi ini dari jalan raya ke Putrajaya, dari menuntut keadilan buat individu teraniaya kepada usaha membina semula sistem yang lebih adil dan telus untuk seluruh rakyat Malaysia,” kata Menteri Komunikasi itu menerusi Facebook.

Ujarnya, pimpinan pusat perlu mencerminkan integriti, ketekunan dan keberanian dalam pimpinan pusat selaras prinsip PKR yang memperjuangkan reformasi.

“Saya mohon kepercayaan saudara-saudari untuk sama-sama mengangkat PKR ke tahap yang lebih tinggi. Bukan untuk kita saja, tetapi untuk generasi yang akan datang,” katanya lagi.

Sebagai rekod, Fahmi menjadi Ketua Penerangan PKR sejak Julai 2022.

Menteri Komunikasi itu juga pernah berkhidmat sebagai Pengarah Komunikasi PKR dari September 2013 hingga Julai 2022.

Terdahulu, Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Pusat, Datuk Seri Dr Zaliha Mustafa mengesahkan seramai 104 pencalonan telah diterima bagi merebut jawatan ahli MPP. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here