KUALA LUMPUR – Gabungan Rakyat Sabah (GRS) bersedia untuk bertanding solo demi rakyat.
Pengerusinya, Datuk Seri Hajiji Noor menegaskan, ia akan dibuat sekiranya keputusan muktamad Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) untuk bekerjasama dalam Pilihan Raya Umum (PRN) akan datang.
Menurut Hajiji, pihaknya akan bekerjasam dengan parti-parti tempatan lain yang sehaluan.
GRS kekal berpegang teguh kepada prinsip negeri Sabah harus dipimpin oleh parti-parti tempatan.
“Menyimpang daripada prinsip ini bermakna kita mengabaikan aspirasi sebahagian besar rakyat Sabah,” katanya dalam kenyataan.
Sehubungan itu, GRS akan mengadakan mesyuarat kepimpinan dalam masa terdekat untuk menetapkan hala tuju gabungan berkenaan menghadapai PRN.
GRS juga akan mengadakan perbincangan rasmi dengan parti-parti yang membentuk kerajaan negeri semasa untuk mendapatkan pendirian mereka. – MalaysiaGazette