KUALA LUMPUR – Seorang pemimpin UMNO menyifatkan pertembungan Datuk Seri Rafizi Ramli dan Nurul Izzah Anwar yang merebut jawatan Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) umpama pertemuan buku dengan ruas.
Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zakarshi berkata, sudah tentu semua pihak teruja menunggu keputusan nanti.
Katanya, Rafizi yang membawa jenama HIRUK (Hidupkan Idealisme Reformasi Ujian Kuasa) memang handal bab taktikal.
Oleh itu, Rafizi dijangka menggunakan kaedah menyerang bukan defensif, kerana dia pakar menyerang.
“Cuma kali ini dia akan serang siapa? Anwar, Izzah, PKR atau kerajaan Madani?,” soal Puad.
Ia kerana, formula baharu Rafizi ini bukan untuk lawan musuh di luar parti tetapi untuk berlawan sesama mereka.
Bagaimanapun, dakwanya, majoriti orang luar mahu Rafizi kalah.
Bahkan, beliau mengharapkan semoga pemilihan PKR ini tidak menyebabkan kerajaan Madani “HIRUK Pikuk”. – MalaysiaGazette