Seorang askar separa tentera India membuat rondaan di pasar di Srinagar pada 10 Mei 2025. Tentera India pada 10 Mei melaporkan serangan baru Pakistan di sepanjang sempadan dengan musuh ketatnya ketika konflik antara jiran bersenjata nuklear itu semakin memuncak. Foto AFP

NEW DELHI – Pakistan didakwa meningkatkan penempatan tenteranya di sepanjang sempadan, ketika ketegangan antara jiran bersenjata nuklear ini semakin memuncak.

Tentera Pakistan dikatakan sedang menggerakkan tenteranya ke kawasan hadapan, “menunjukkan niat menyerang untuk meningkatkan lagi ketegangan”, kata seorang jurucakap tentera India dalam taklimat kepada media.

“Angkatan bersenjata India kekal dalam keadaan kesediaan operasi yang tinggi dan mengulangi komitmen mereka untuk tidak meningkatkan ketegangan, dengan syarat ia mendapat respons sama oleh tentera Pakistan,” ujarnya.

Tentera India sebelum ini mendakwa Pakistan meneruskan “peningkatan terang-terangan” dengan serangan dron dan menggunakan peluru lain di sepanjang sempadan barat India.

Beberapa “dron musuh” dikesan di Amritsar, negeri sempadan India Punjab.

“Dron musuh itu serta-merta dimusnahkan oleh unit pertahanan udara kami. Percubaan terang-terangan Pakistan untuk melanggar kedaulatan India dan membahayakan orang awam adalah tidak boleh diterima,” kata tentera India menerusi X.

Menteri Perancangan Pakistan Ketika bercakap di televisyen tempatan berkata, “langkah-langkah khas” telah diambil untuk mengelakkan sasaran orang awam dan tumpuan diberikan pada lokasi yang telah digunakan untuk menyasarkan Pakistan.

Berikutan pengumuman tindakan balas Pakistan, penduduk di Kashmir yang dikuasai India berkata, mereka mendengar letupan kuat di beberapa tempat di rantau itu, termasuk dua bandar besar Srinagar dan Jammu, dan bandar Udhampur, penempatan tentera Pakistan.

“Letupan yang kita dengar hari ini berbeza daripada yang kita dengar dua malam lepas semasa serangan dron. Ia kelihatan seperti perang di sini,” kata Shesh Paul Vaid, bekas pegawai tertinggi polis wilayah itu.

Srinagar kelihatan tenang pada awal Sabtu tetapi beberapa penduduk di kawasan kejiranan berhampiran lapangan terbang bandar itu, yang juga pangkalan udara berkata, mereka terkejut dengan letupan dan bunyi letupan jet pejuang.

“Saya sudah terjaga tetapi letupan itu mengejutkan anak-anak saya daripada tidur. Mereka mula menangis,” kata penduduk Srinagar, Mohammed Yasin, sambil menambah dia mendengar sekurang-kurangnya dua letupan.

Di Pakistan, pihak berkuasa penerbangan awam berkata lapangan terbang negara itu ditutup untuk semua operasi penerbangan. – Agensi

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here