Najis tikus antara ditemui dalam pemeriksaan tersebut.

GEORGE TOWN – Nasi kandar di Jalan Trengganu di sini antara empat premis makanan diarahkan tutup selama 14 hari susulan penemuan najis tikus dan tahap kebersihan yang tidak memuaskan ketika pemeriksaan dalam operasi bersepadu semalam.

Notis penutupan itu dikeluarkan oleh Jabatan Pelesenan Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) sehingga 22 Mei ini mengikut Undang-Undang Kecil 38(1) Undang-Undang Kecil Establisymen Makanan MPPP 1991.

Operasi bersepadu tersebut diketuai Pegawai Persekitaran Kanan MBPP, Amalina Nabilah Ghazali dan disertai 26 pegawai penguat kuasa daripada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan Kementerian Kesihatan (KKM).

Empat buah premis makanan diarah tutup susulan penemuan najis tikus dan tahap bersihan tidak memuaskan di Pulau Pinang.

Ketika pemeriksaan dilakukan, salah sebuah kafe yang mempunyai sembilan gerai didapati menyimpan barangan berhampiran najis tikus manakala di medan selera yang menempatkan hampir 50 gerai pula, najis tikus ditemui di bawah peti sejuk salah sebuah gerai.

Pemeriksaan turut mendapati terdapat peniaga menyimpan ubat-ubatan dalam peti sejuk yang digunakan untuk menyimpan air jualan.

Bagi restoran nasi kandar pula, najis tikus ditemui di bahagian dapur premis.

Notis penutupan diberikan mengikut Undang-Undang Kecil 38(1) Undang-Undang Kecil Establisymen Makanan MPPP 1991.

Selain itu, KPDN turut mengeluarkan empat kompaun berjumlah RM1,900 manakala KKM mengeluarkan dua notis kesalahan merokok di premis makanan berjumlah RM500.

Manakal LHDN pula, mengumpul maklumat percukaian melibatkan pemilik dan penyewa gerai untuk tindakan lanjut. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here