Pesawah dari Kampung Jawi-Jawi dekat Kota Belud Sabah melihat jelapang padi yang menjadi punca rezeki dengan hasil tuaian padi mereka meningkat lebih 60 peratus tahun ini.

KUALA LUMPUR – Kerajaan negeri Sabah melancarkan Lembaga Padi dan Beras Sabah (LPBS) demi mencapai sasaran peningkatan Tahap Sara Diri (SSL) makanan sebanyak 30 peratus menjelang tahun depan dan 60 peratus pada tahun 2030.

Ketua Menteri, Datuk Seri Haji Hajiji Noor berkata pelbagai inisiatif akan dilaksanakan melalui penghidupan semula LPBS bagi memastikan keterjaminan makanan Sabah, memenuhi permintaan makanan rakyat sekaligus mengurangkan kebergantungan kepada import beras.

“Pada masa ini Sabah hanya mampu mengeluarkan kira-kira 22.8 peratus beras tempatan menyebabkan kebergantungan yang tinggi terhadap bekalan beras sumber import bagi memenuhi permintaan tersebut,” katanya.

Beliau berkata demikian di majlis pelancaran LPBS dan Skim Takaful Penanaman Padi (STTP) Agrobank di Dewan Terbuka Datuk Musbah Jamli di Kota Belud, hari ini.

Ucapannya disampaikan oleh Timbalan Ketua Menteri I merangkap Menteri Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan, Datuk Seri Dr Jeffrey Kitingan.

Jelas beliau, LPBS akan mengambil alih semua pembangunan dan pengurusan tanaman padi daripada Jabatan Pertanian Negeri bermula tahun ini.

“Selain itu, LPBS juga diberi tanggungjawab sebagai badan pengawal selia pembangunan dan pengurusan padi. Oleh itu, saya mahu semua agensi negeri yang berkaitan memberikan kerjasama penuh kepada LPBS,” tambahnya.

Katanya, kerajaan negeri akan memberi tumpuan kepada pembangunan dan pengurusan tanaman padi di enam daerah, iaitu Kota Marudu, Tuaran, Tambunan, Keningau, Papar dan Kota Belud.

Sebagai rekod, jumlah keseluruhan kawasan sawah padi di daerah-daerah berkenaan ialah 22,218.35 hektar
atau 55,879 ekar, melibatkan 16,018 penanam padi.

Sementara tu, Hajiji berkata kerajaan negeri juga melaksanakan beberapa inisiatif lain, termasuk memberi penekanan kepada penanaman padi bukit.-MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here