Pamela Ling dilaporkan hilang ketika hadir memberi keterangan di SPRM Putrajaya mengenai satu siasatan yang sedang dijalankan dan ketidakhadirannya disahkan oleh pihak SPRM.

KUALA LUMPUR – Polis akan merakam percakapan anak-anak Datin Seri Pamela Ling Yueh di Singapura dalam masa terdekat bagi membantu siasatan penculikan wanita itu di Putrajaya 9 April lepas.

Ketua Polis Daerah Putrajaya ACP Aidi Sham Mohamed berkata, Polis Diraja Malaysia telah meminta bantuan Interpol bagi mengatur proses rakaman itu yang akan diadakan di Kedutaan Malaysia di Singapura.

“Rakaman percakapan anak-anak mangsa sedang diatur oleh pihak Interpol untuk dirakam di Kedutaan Malaysia di Singapura dalam tempoh terdekat,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata setakat hari ini, sebanyak 25 rakaman percakapan saksi telah selesai dirakam dan lakaran wajah foto fit bagi seorang suspek sudah diperoleh dan hasil padanan ialah 40 peratus.

Khamis lepas, Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Rusdi Mohd Isa berkata polis berkemungkinan merekod keterangan tiga anak Pamela serta beberapa individu lain di Singapura bagi membantu siasatan berhubung kes penculikan wanita berkenaan.

Rusdi berkata pihaknya juga akan memanggil semula suami Pamela, Datuk Seri Hah Tiing Siu untuk direkod keterangan buat kali kedua sekiranya perlu.

Pada 9 April, Pamela, 42, dilaporkan hilang ketika dalam perjalanan ke pejabat SPRM dengan menaiki kereta perkhidmatan e-panggilan untuk memberi keterangan berhubung satu siasatan yang sedang dijalankan. Polis menerima laporan berhubung kehilangannya pada 3.02 petang hari yang sama. -BERNAMA

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here