Tangkap layar hantaran seorang wanita mendakwa seekor kucing dianiaya peniaga kuih di pasar Lebuh Cecil, Pulau Pinang.

GEORGE TOWN – Polis Pulau Pinang mengesahkan menerima laporan berhubung kes penganiayaan kucing di Medan Selera Pasar Lebuh Cecil di sini seperti tular di media sosial.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Abdul Rozak Muhammad berkata, seorang wanita tempatan berusia 20 tahun membuat laporan berkenaan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Timur Laut pada Khamis lalu.

“Mengikut laporan tersebut, wanita terbabit mendakwa melihat seorang lelaki yang juga peniaga makanan menganiaya kucing dengan mencekik lehernya kira-kira pukul 8 pagi hari yang sama laporan dibuat.

“Bagaimanapun peniaga makanan berusia 55 tahun yang dimaksudkan wanita itu turut membuat laporan polis semalam bagi menafikan dakwaan terhadapnya.

“Hasil siasatan pihak polis, kes ini sudah diklasifikasikan sebagai Rujuk Lain Agensi (RLA) iaitu kepada pihak Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) bagi tindakan lanjut,” katanya dalam kenyataan media hari ini.

Semalam, tular satu hantaran mendakwa lelaki berkenaan mencekik seekor kucing susulan makan kuih jualannya.

Dalam hantaran itu, wanita terbabit mendakwa melihat kucing berkenaan meronta-ronta ketika dicekik sehingga sesak nafas dan terbuang air besar.

Kucing itu turut dimasukkan ke dalam plastik oleh lelaki berkenaan sebelum diselamatkan wanita tersebut. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here