Rozaini merasmikan Sambutan Hari Tibi Sedunia 2025 Peringkat Negeri Pulau Pinang dan Jelajah Agenda Nasional Malaysia Sihat (ANMS) Peringkat Daerah Seberang Perai Tengah di Bukit Mertajam hari ini.

BUKIT MERTAJAM – Penyakit tuberkulosis (tibi) kekal sebagai salah satu daripada lima penyakit berjangkit utama di Pulau Pinang selain penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD), denggi serta keracunan makanan.

Timbalan Pengarah Kesihatan (Kesihatan Awam) negeri, Dr. Rozaini Mat Shah berkata, berdasarkan data yang direkodkan tahun lalu lelaki Melayu berusia 60 tahun ke atas merupakan kumpulan paling ramai dijangkiti penyakit berbahaya itu di negeri ini.

“Jangkitan tibi berpunca daripada sistem imun badan yang lemah, walaupun individu tersebut pernah terdedah kepada maklumat mengenai penyakit ini.

Rozaini.

“Tabiat merokok dikenal pasti sebagai salah satu faktor utama yang meningkatkan risiko tibi.

“Selain perokok, golongan lain yang turut berisiko tinggi dijangkiti tibi ialah mereka yang mempunyai hubungan rapat dengan pesakit, penghidap HIV, pesakit buah pinggang kronik serta mereka yang menghidap penyakit pulmonari kronik,” katanya pada sidang media hari ini.

Terdahulu beliau bagi pihak Pengarah Kesihatan negeri, Datuk Dr. Fazilah Shaik Allaudin merasmikan Sambutan Hari Tibi Sedunia 2025 Peringkat Negeri Pulau Pinang dan Jelajah Agenda Nasional Malaysia Sihat (ANMS) Peringkat Daerah Seberang Perai Tengah di sini.

Mengulas lanjut Rozaini memaklumkan jumlah kes tibi baharu dan berulang yang direkodkan di Pulau Pinang pada tahun lalu menunjukkan sedikit penurunan iaitu sebanyak 1,273 kes dengan 125 kematian berbanding 1,303 kes dan 156 kematian pada tahun sebelumnya.

“Penurunan sebanyak 2.3 peratus ini adalah hasil daripada peningkatan kesedaran masyarakat serta pelbagai usaha berterusan yang dilaksanakan pihak kesihatan dalam memberi maklumat mengenai penyakit ini,” katanya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here