KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam proses mendapatkan dokumen-dokumen berkaitan dalam siasatan berhubung pencerobohan tanah yang dijadikan kebun durian di Raub, Pahang.
Bahagian Komunikasi Strategik SPRM dalam kenyataan memaklumkan, dokumen berkenaan diperlukan bagi tujuan kajian serta untuk merekod keterangan saksi-saksi.
“SPRM juga telah mengenal pasti beberapa individu yang menjadi peneroka di kawasan terlibat,” menurut kenyataan itu.
Terdahulu media melaporkan SPRM telah mempunyai senarai individu yang dipercayai terlibat dalam kes pencerobohan tanah di Raub, Pahang.
Khamis lepas Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahirkan rasa terkejut selepas dimaklumkan 10,521 hektar (26,000 ekar) tanah di Raub telah diceroboh sejak beberapa dekad lepas bagi tujuan penanaman pokok durian.
Sebelum ini, operasi penguatkuasaan yang dijalankan di kebun durian di Raub mencetuskan pelbagai reaksi apabila pekebun didakwa tidak berpuas hati selepas tanaman mereka dimusnahkan. – BERNAMA
IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast
Kongsi:
- Click to share on Facebook (Opens in new window) Facebook
- Click to share on X (Opens in new window) X
- Click to share on Telegram (Opens in new window) Telegram
- Click to share on WhatsApp (Opens in new window) WhatsApp
- Click to share on LinkedIn (Opens in new window) LinkedIn
- Click to share on Threads (Opens in new window) Threads