KUALA LUMPUR – Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz dipilih sebagai presiden baharu Persatuan Badminton (BAM) dalam Mesyuarat Agung Tahunan yang ke-80 badan induk itu hari ini.

Dengan keputusan sebulat suara, ia bermakna Tengku Zafrul akan memegang jawatan berkenaan bagi penggal 2025-2029 seperti laporan Astro Awani.

Sebagai rekod, Tengku Zafrul pernah menjawat jawatan Menteri Kewangan dari 2020 hingga 2022 selain pernah mengemudi beberapa syarikat korporat tanah air.

Jawatan presiden BAM kosong sejak penyandang terdahulu, Tan Sri Norza Zakaria, melepaskan jawatan itu pada Ogos tahun lalu. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here