Datuk Mohd. Shahzihan Ahmad
Pengarah JAIS, Datuk Mohd. Shahzihan Ahmad.

KUALA LUMPUR – Tiada lagi penajaan diberikan kepada pelajar yang ingin melanjutkan pengajian peringkat ijazah pertama dalam bidang pengajian Islam ke Timur Tengah bermula tahun ini.

Keputusan itu melibatkan penamatan tajaan oleh Kerajaan Negeri Selangor dan Lembaga Zakat Selangor, yang sebelum ini menaja ramai pelajar ke negara seperti Mesir, Jordan dan Maghribi.

Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Datuk Mohd Shahzihan Ahmad berkata, tumpuan baharu penajaan kini hanya diberikan kepada pelajar yang menyambung pengajian di peringkat sarjana dan doktor falsafah sahaja.

“Pelajar peringkat ijazah pertama akan ditaja untuk menyambung pengajian di Universiti Islam Selangor (UIS) atau universiti tempatan yang setaraf.

“Keputusan ini diambil bagi mengurangkan risiko pengaruh luar terhadap pemikiran dan jati diri pelajar dalam jurusan pengajian Islam,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut beliau, penajaan pengajian di dalam negara juga selaras dengan usaha memperkukuhkan ekosistem pendidikan agama yang telah lama dibina di Selangor melalui JAIS dan MAIS.

Bagaimanapun, beliau menjelaskan pelajar persendirian yang tidak mendapat tempat dalam negeri masih dibenarkan menyambung pengajian ke Timur Tengah atas tanggungan sendiri, tertakluk kepada syarat-syarat tertentu.

“Pelajar tersebut mestilah memiliki latar belakang agama yang kuat, fasih berbahasa Arab serta berkeupayaan menghadapi cabaran sistem pendidikan dan kehidupan di sana,” jelasnya.

Selain itu, permohonan tajaan ke peringkat sarjana dan PhD di Timur Tengah akan dibuka bermula Jun 2025 dan sesi temuduga akan dijalankan bagi menilai kelayakan pelajar yang berminat. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here