Motosikal mangsa dan seekor anjing yang melintas jalan di Kampung Parit Buloh, Air Kuning Selatan, Tampin, Negeri Sembilan semalam. - Foto PDRM

KUALA UMPUR – Gara-gara ingin mengelak seekor anjing melintas, seorang penunggang motosikal maut di Kampung Parit Buloh, Air Kuning Selatan, Tampin, Negeri Sembilan semalam.

Ketua Polis Daerah Tampin, Superitenden Amiruddie Sariman berkata, dalam kejadian jam 11 malam itu mangsa berusia 20 tahun disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di Klinik Kesihatan Air Kuning Selatan.

“Siasatan mendapati, mangsa yang menaiki motosikal jenis Honda RS dalam perjalanan dari rumah ke Kampung Parit Buloh menuju ke kedai burger di Taman Semarak, Air Kuning Selatan.

“Apabila tiba di tempat kejadian, tiba-tiba seekor anjing melintas jalan di laluan motosikal dan mangsa tidak sempat mengelak lalu melanggar anjing itu.

“Akibat kejadian itu, mangsa telah tercampak ke atas jalan dan mengalami kecederaan parah pada bahagian kepala,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Lokasi kemalangan berlaku di Kampung Parit Buloh, Air Kuning Selatan, Tampin, Negeri Sembilan semalam. – Foto PDRM

Tambah beliau, mangsa telah dibawa ke klinik berhampiran untuk rawatan namun disahkan meninggal dunia pada jam 12.08 tengah malam tadi.

Bagaimanapun, mayat mangsa telah dibawa ke Unit Forensik Hospital Tampi untuk bedah siasat dan kes disiasat dibawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Beliau juga meminta orang ramai yang mempunyai maklumat diminta untuk tampil ke Balai Polis Trafik IPD Tampin di talian 064412502 atau hubungi pegawai penyiasat, Inspektor Nurul Afiqah Aqwa Haslan di talian 0139515011 bagi membantu siasatan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here