Hospital Melaka

MELAKA – Kerajaan negeri sudah mengarahkan Pengarah Kesihatan negeri melakukan siasatan terhadap dakwaan kes seorang bayi perempuan berusia 22 bulan yang dibiarkan menahan kesakitan selama 11 jam akibat demam panas sehingga diserang sawan, awal pagi semalam.

Exco Kesihatan, Sumber Manusia dan Perpaduan negeri Datuk Ngwe Hee Sem yang kini berada di Pekanbaru, Indonesia bagi urusan rasmi negeri berkata, beliau telah melihat berita tular itu pagi ini.

“Tadi saya dah hubungi Pengarah Kesihatan Negeri Melaka (Dr Ruzita Mustaffa) supaya membuat siasatan segera terhadap kes ini.

“Saya harap media juga tidak membuat sebarang andaian sehingga siasatan selesai untuk kita mengetahui apakah puncanya,” katanya ketika dihubungi pemberita di sini hari ini.

Datuk Ngwe Hee Sem

Terdahulu, MalaysiaGazette melaporkan bayi berkenaan yang mengalami demam panas diserang sawan selepas petugas di Hospital Melaka didakwa gagal memberikan rawatan meskipun sudah menunggu hampir 11 jam sejak 2.30 petang Sabtu lalu.

Video berdurasi 13 minit memaparkan tangisan dan rintihan bayi berkenaan yang sedang menanggung kesakitan, tular di media sosial mengundang hiba warga net.

Ramai yang meninggalkan komen dan menggesa supaya ’kekejaman’ yang dikatakan sudah banyak kali berlaku sebelum ini, dihentikan.

Ibu bayi berkenaan, Siti Aishah bt Rahim, 27, berkata, dia dan ibunya tiba di Jabatan Kecemasan dan Trauma Hospital Melaka pada jam 2.30 petang Sabtu lalu selepas badan anak sulungnya, Siti Farha Adelia Mohd Firdaus, 22 bulan tiba-tiba panas.

“Semasa tiba di hospital, jururawat cuma mengambil darah anak dan terus membiarkan bayi berusia 22 bulan saya sehingga suhu badannya meningkat pada tahap 38, 39 dan 40 darjah celcius.

“Puas saya tanya dan jawapan diberikan hanya meminta saya tunggu sehinggalah bayi saya diserang sawan pada pukul 1 pagi semalam (Ahad) menyebabkan badannnya kejang,” katanya menerusi status Facebook bersama video tular berkenaan. – MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN

Hospital didakwa ‘sidai’ bayi demam panas selama 11 jam hingga sawan

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here