KUALA LUMPUR – Sambutan Hari Wesak di negara ini mengajak masyarakat pelbagai kaum bersama-sama menyemarakkan karamah insaniah dan menyuguh prinsip hormat yang tulus sesama insan dalam kemajmukan rakyat.
Demikian kata Perdana Menteri, dalam perutusan sempena sambutan Hari Wesak pada hari ini.
“Hari Wesak adalah peringatan penting terutamanya dalam mengangkat nilai-nilai universal yang mencakup persoalan serta prinsip belas, kerukunan dan kedamaian,” katanya menerusi Facebook.
Justeru, Anwar menyeru rakyat supaya sama-sama menyemangatinya demi negara yang berukun dan berpadu sambil mengekal tradisi dan budaya yang pelbagai.
Sebagai info, Hari Wesak atau juga dikenali sebagai Vesak Day adalah hari yang sangat penting dalam kalendar penganut agama Buddha.
Ia hari suci terpenting bagi penganut Buddha bagi memperingati kelahiran, pencerahan dan kematian Siddhartha Gautama iaitu pengasas agama Buddha.-MalausiaGazette