JAKARTA – Tujuh orang disahkan maut selepas sebuah bot pelancong yang membawa lebih 100 penumpang terbalik dan karam di luar pantai Bengkulu, pulau Sumatera, Indonesia, menurut pihak berkuasa tempatan pada Isnin.

“Bot itu beransur-ansur senget sebelum terbalik dan tenggelam,” menurut kenyataan Pusat Media Kota Bengkulu dalam satu kenyataan sambil menambah bot itu membawa 104 orang termasuk 98 pelancong, seorang kapten dan lima kru.

Menurut polis, seramai lima mangsa meninggal dunia di Hospital Polis Bhayangkara manakala dua yang lain disahkan maut di Hospital Kota Bengkulu.

Pasukan penyelamat dengan sokongan nelayan tempatan bertindak pantas terhadap kejadian itu selepas menerima laporan kecemasan.

Pihak berkuasa telah melancarkan siasatan berhubung punca kejadian dan menggesa pengusaha bot pelancongan mematuhi peraturan keselamatan bagi mengelak insiden serupa.

— BERNAMA

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here