Motosikal dinaiki warga emas rosak teruk selepas terlibat kemalangan dengan kenderaan SUV di Jalan Muar-Batu Pahat, Batu Pahat semalam

BATU PAHAT – Seorang warga emas maut selepas terlibat kemalangan dua kenderaan berhampiran Masjid Parit Bajuri di Jalan Muar-Batu Pahat di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Shahrulanuar Mushaddat Abdullah Sani berkata, kejadian berlaku pukul 6.30 pagi melibatkan motosikal ditunggang mangsa dan kenderaan utiliti sukan (SUV).

“Kejadian berlaku ketika mangsa, Hamzah Buang, 61, yang menunggang motosikal dalam perjalanan dari arah Muar ke Batu Pahat.

“Sebaik tiba di Parit Baijuri, motosikal ditunggang warga emas itu telah berlanggar dengan sebuah kenderaan SUV dipandu lelaki warga tempatan berusia 46 tahun yang datang dari arah bertentangan.

“Akibat kejadian itu, warga emas tersebut telah mengalami kecederaan parah di kepala dan patah kaki kanan,” katanya melalui kenyataan hari ini.

Katanya, mangsa kemudian dikejarkan ke Hospital Sultanah Nora Ismail (HSNI) untuk mendapatkan namun disahkan meninggal dunia pukul 7.58 pagi semalam.

Shahrulanuar berkata, kes akan disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 kerana memandu secara merbahaya dan melulu.

Siasatan lanjut ujarnya, sedang dijalankan dan orang ramai yang menyaksikan serta mempunyai maklumat diharapkan dapat menyalurkannya untuk membantu siasatan.

Pemandu kenderaan SUV berkenaan sudah berjaya dikesan dan ditahan lewat petang semalam dan siasatan sedang dijalankan, katanya.

Menurutnya lagi, kes akan disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 kerana memandu secara berbahaya dan melulu.

Ujarnya, siasatan lanjut sedang dijalankan, orang ramai yang menyaksikan dan mempunyai maklumat diharapkan dapat menyalurkannya untuk membantu siasatan.

“Pemandu kenderaan SUV berkenaan sudah berjaya dikesan dan ditahan lewat petang semalam dan siasatan sedang dijalankan,” katanya.

Terdahulu tular dalam media sosial kemalangan itu yang melibatkan sebuah motosikal bersama-sama sebuah kenderaan tidak dapat dikenal pasti.- MalaysiaGazette

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here