Gambar hiasan.

JOHOR BAHRU – Seorang warga emas rugi RM459,000 selepas ditipu tawaran pelaburan dalam talian yang tidak wujud pada awal tahun ini.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat berkata, mangsa membuat aduan mendakwa mengalami rugi RM459,000 selepas menyertai satu pelaburan yang diperkenalkan melalui aplikasi WhatsApp.

“Mangsa yang menetap di Taman Suria di sini memaklumkan menerima tawaran pelaburan dan pembelian saham sebuah syarikat antarabangsa sekitar Disember 2024. Tawaran itu dihantar melalui nombor WhatsApp.

“Mangsa iaitu lelaki tempatan berusia 73 tahun itu memaklumkan dimasukkan ke dalam kumpulan WhatsApp dinamakan yang didakwa mengajar cara urus niaga saham menggunakan aplikasi atas talian.

“Suspek mendakwa pelaburan tersebut beroperasi di Malaysia dan China serta menjanjikan pulangan keuntungan antara 10 hingga 200 peratus,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Menurut Raub, pesara tersebut yang tertarik tawaran itu membuat 23 transaksi pindahan wang secara dalam talian dari akaun banknya ke 10 akaun bank berbeza antara 10 Januari hingga 17 April lalu.

Mangsa kata beliau, pada awalnya menerima pulangan RM18,360, menyebabkan dia yakin dan terus membuat pelaburan tambahan.

“Bagaimanapun, selepas diminta membayar ‘wang proses’ untuk mengeluarkan keuntungan seterusnya, mangsa menyedari dirinya ditipu apabila bayaran tersebut tidak menghasilkan sebarang pulangan.

“Siasatan awal mendapati akaun-akaun bank yang terlibat pernah digunakan dalam kes penipuan sebelum ini,” katanya.

Kes disiasat bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan, ujarnya.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here