Keperitan hidup sendirian dilalui seorang lelaki orang kurang upaya (OKU) sehingga terpaksa tidur bertemankan ayam dan kucing di rumahnya berakhir apabila diselamatkan kerajaan negeri.

MELAKA – Keperitan hidup bersendirian dilalui seorang warga emas lelaki orang kelainan upaya (OKU) sehingga terpaksa tidur bertemankan ayam dan kucing di rumahnya berakhir apabila ‘diselamatkan’ kerajaan Melaka.

Exco Pembangunan Wanita, Keluarga dan Komuniti negeri, Datuk Kalsom Noordin mendapat tahu keadaan menimpa Mazelan, 62, selepas mendapat aduan penduduk di Kampung Bukit Piatu pada 5 Mei lalu.

“Susulan aduan diterima, saya bersama agensi kerajaan berkaitan menziarahinya dan terkejut apabila melihat warga emas OKU itu yang kudung kaki kanan dalam keadaan terbaring di atas katil bersama kucing dan ayam.

“Kami cuba mengejutnya dari tidur namun tidak sedar sehingga terpaksa memanggil ambulans dan membawanya ke hospital bagi mendapatkan rawatan lanjut,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.


Kalsom (kiri) mendengar aduan daripada penduduk Kampung Bukit Piatu, Melaka

Menurutnya, hasil pemeriksaan, doktor terpaksa memotong sebelah lagi kakinya akibat jangkitan kuman dan lelaki itu kini ditempatkan di Unit Rawatan Rapi, Hospital Melaka.

Mengulas lanjut, Kalsom berkata, beliau sudah mengarahkan pihak hospital supaya tidak mengeluarkannya dari wad sehingga lelaki itu stabil sebelum ditempatkan di rumah kebajikan.

“Setakat ini cadangan kita adalah untuk menghantarnya ke rumah kebajikan swasta di Muar Johor kerana mempunyai penjagaan yang baik dan selesa di sana,” tambahnya lagi. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here