Bapa mendiang, M Sugunanathan, 68, tidak dapat menahan sebak pada majlis penghormatan terakhir anaknya, mendiang Sarjan S. Perumal di Krematorium Buntong, pada Rabu. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 14 MEI 2025.

IPOH – Bapa kepada anggota Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU), Sarjan S Perumal yang maut bersama lapan anggota lain di Teluk Intan hampir pitam ketika upacara persemadian anaknya, di Krematorium Buntong dekat sini hari ini.

M Sugunanathan, 68, tidak dapat menahan sebak dan kelihatan lemah sehingga terpaksa ditenangkan serta dipapah anggota keluarga sepanjang upacara itu berlangsung.

Terdahulu kenderaan yang membawa jasad Perumal tiba di pekarangan Krematorium Buntong dari kediaman keluarganya di Bandar Lahat Mines, sekitar jam 5 petang dengan diiringi kenderaan polis.

Jasad mendiang diiringi dan diusung oleh pasukan FRU sebelum Jalur Gemilang yang menyelimuti keranda mendiang disampaikan Inspektor Water Cannon Kru 5A FRU, Asisten Superintendan (ASP) S Sivakumar kepada Sugunanathan.

Mendiang yang berusia 44 tahun kemudian disemadikan dengan cara dibakar bermula pada pukul 5.45 petang selepas selesai upacara keagamaan mengikut agama Hindu.

Suasana hiba dan pilu mengiringi upacara pengebumian Perumal yang dihadiri kira-kira 100 orang dalam kalangan ahli keluarga dan kenalan.

Pada Selasa, sembilan anggota FRU maut dalam nahas jalan raya membabitkan sebuah trak FRU dan lori bermuatan batu di Jalan Chikus – Sungai Lampam, Teluk Intan.

Dalam kejadian pada jam 8.50 pagi mereka bersama 18 anggota FRU sedang dalam perjalanan pulang ke Ipoh selepas selesai penugasan Op Chariot sempena perayaan Chitrapournami di Hilir Perak.

Ketika tiba di tempat kejadian, Kenderaan FRU Unit 5 Sungai Senam tersebut telah dirempuh sebuah lori bermuatan batu dari arah bertentangan selepas dipercayai mengalami kegagalan fungsi stereng.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here