Syaheera Ghafar

KUALA LUMPUR – Parti Tindakan Demokratik (DAP) mempersoalkan kewajaran penganjuran Himpunan Melayu Berdaulat atas alasan Kerajaan Perpaduan tidak menjaga kepentingan Melayu.

Penolong Setiausaha Publisiti Pemuda DAP (DAPSY), Syaheera Ghafar berkata, alasan itu tidak berasas sama sekali, sedangkan Kerajaan Madani kini dilihat stabil dalam mentadbir, membangun dan meningkatkan ekonomi negara.

“Benar, hak berkumpul dan berhimpun adalah hak semua malah saya hormati itu. Namun untuk berkumpul atas perkara atau isu yang tiada asas dan sia-sia,” katanya menerusi satu kenyataan, hari ini.

Terdahulu Sekretariat Gabungan Badan Bukan Kerajaan (NGO) Islam bakal menganjurkan Himpunan Melayu Berdaulat di hadapan pusat beli-belah Sogo, pada 24 Mei ini.

Pengerusinya, Syed Hasan Syed Ali berkata, ia menyasarkan sehingga 20,000 peserta itu mahu menyuarakan kebimbangan terhadap keadaan semasa negara yang tidak menentu di bawah pentadbiran Kerajaan Madani sejak tiga tahun lalu.

Dalam pada itu, Syaheera tidak menolak kemungkinan penganjuran himpunan itu sebagai reaksi balas atas kegagalan naratif  ‘UMDAP’ ketika Pilihan Raya Kecil (PRK) Ayer Kuning, kononnya gabungan itu ‘menjinakkan’ satu sama lain.

“Hakikatnya, masyarakat tidak mengira bangsa sudah muak dengan politik pecah-belah dan perkauman yang dimainkan dan atas sebab itu, calon Kerajaan Perpaduan di Ayer Kuning menang bergaya.

“Himpunan ini tiada asas kerana saya tercari-cari apakah ada hak-hak Melayu yang terhakis di bawah pentadbiran Kerajaan Madani.

“Adakah mana-mana bahagian dalam Perlembagaan negara yang menyentuh hak-hak keistimewaan Melayu atau agama Islam telah dibahas dan dihapuskan?” katanya.

Katanya lagi, penganjuran rapat umum itu hanya atas dasar kepentingan sesetengah kelompok Melayu sedangkan lebih kepada kepentingan mereka sendiri yang tidak dipenuhi.

“Hakikatnya, di bawah Kerajaan Madani, negara dilihat lebih stabil dari segi pentadbiran dengan barisan Kabinet yang benar-benar bekerja untuk kepentingan semua masyarakat tanpa mengira kaum atau agama,” katanya lagi. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here