Jumlah kelahiran hidup merekodkan penurunan sebanyak 11.5 peratus kepada 93,500 kelahiran berbanding 105,613 kelahiran pada suku tahun pertama 2024.

KUALA LUMPUR – Jumlah kelahiran hidup merekodkan penurunan sebanyak 11.5 peratus kepada 93,500 kelahiran berbanding 105,613 kelahiran pada suku tahun pertama 2024.

Ketua Perangkawan, Datuk Seri Dr. Mohd Uzir Mahidin berkata, dari jumlah itu, bayi lelaki melebihi bayi perempuan dengan 48,124 kelahiran berbanding 45,376 kelahiran.

“Nisbah jantina bagi kelahiran hidup ialah 106 lelaki bagi setiap 100 perempuan.

“Selangor merekodkan bilangan kelahiran hidup tertinggi dengan 18,254 kelahiran (19.5%) manakala kelahiran hidup terendah direkodkan di Wilayah Persekutuan Labuan dengan 278 kelahiran (0.3%).

“Ibu berumur 30-39 tahun mencatatkan kelahiran hidup tertinggi dengan 49,816 kelahiran (53.3%), diikuti oleh ibu berumur 20-29 tahun (39.3%), 40 tahun dan lebih (6.0%) dan kurang dari 20 tahun (1.4%).

“Terdapat tiga kelahiran yang direkodkan oleh ibu berumur 55 tahun dan lebih,” katanya menerusi satu kenyataan, hari ini.

Menurut Mohd Uzir, secara purata, seorang bayi dilahirkan pada setiap minit, 43 bayi bagi setiap jam dan 1,039 bayi sehari pada suku tahun pertama 2025.

“Dari segi etnik, Melayu menyumbang 68.8 peratus (64,326 kelahiran) dari jumlah kelahiran hidup pada suku tahun pertama 2025 (ST1 2024: 67.5%).

“Kelahiran hidup bagi Bumiputera Lain meningkat kepada 12.6 peratus berbanding 12.3 peratus pada suku tahun pertama 2024,” katanya.

Beliau memberitahu, etnik Cina dan India masing-masing menurun kepada 8.6 peratus dan 3.8 peratus berbanding 9.6 peratus dan 4.2 peratus pada suku tahun pertama 2024.

“Bumiputera Sabah menyumbang 58.8 peratus daripada Bumiputera Lain yang terdiri daripada Kadazan/ Dusun (34.5%), Bajau (30.4%), Murut (7.3%) dan Bumiputera Sabah lain (27.8%).

“Sementara itu, Bumiputera Sarawak merekodkan 34.6 peratus yang terdiri daripada Iban (58.7%), Bidayuh (16.0%), Melanau (12.6%) dan Bumiputera Sarawak lain (12.7%),” katanya.

Sebanyak 48,130 kematian telah direkodkan pada suku tahun pertama 2025, menurun 2.0 peratus berbanding suku tahun pertama 2024 (49,117 kematian).

Sementara itu, katanya, sebanyak 48,130 kematian telah direkodkan pada suku tahun pertama 2025, menurun 2.0 peratus berbanding suku tahun pertama 2024 (49,117 kematian).

“Bilangan kematian bagi lelaki adalah 27,533 manakala 20,597 kematian bagi perempuan. Nisbah jantina bagi kematian ialah 134 lelaki bagi setiap 100 perempuan.

“Selangor merekodkan bilangan kematian tertinggi dengan 7,710 kematian (16.0%) manakala Wilayah Persekutuan Putrajaya merekodkan bilangan kematian terendah dengan 84 kematian (0.2%),” katanya.

Katanya, penduduk berumur 60 tahun dan lebih merekodkan bilangan tertinggi dengan 34,468 kematian (71.6%), diikuti 41-59 tahun (19.6%), 15-40 tahun (6.8%) dan 0-14 tahun (1.9%).

“Terdapat 5.5 peratus kematian bagi penduduk berumur 90 tahun dan lebih.

“Secara purata, satu kematian direkodkan pada setiap dua minit, manakala 22 kematian direkodkan setiap jam dan 535 kematian sehari pada suku tahun pertama 2025,” katanya.

Selain itu, katanya, Melayu menyumbang 51.7 peratus (24,865 kematian) dari jumlah kematian (ST1 2024: 51.3%), manakala Bumiputera Lain pula meningkat kepada 10.7 peratus berbanding 10.5 peratus pada suku tahun pertama 2024.

“Etnik Cina dan India pula masing-masing menurun kepada 26.8 peratus dan 8.4 peratus berbanding 26.9 peratus dan 8.6 peratus pada suku tahun pertama 2024.

“Bumiputera Sabah menyumbang 51.5 peratus daripada Bumiputera Lain yang terdiri daripada Kadazan/ Dusun (38.4%), Bajau (26.2%), Murut (6.7%) dan Bumiputera Sabah lain (28.7%).

“Sementara itu, Bumiputera Sarawak merekodkan 42.2 peratus yang terdiri daripada Iban (61.5%), Bidayuh (16.5%), Melanau (11.9%) dan Bumiputera Sarawak lain (10.1%),” katanya.

Katanya lagi, penurunan kelahiran pada suku tahun pertama 2025 menjadikan penduduk Malaysia dianggarkan berjumlah 34.2 juta berbanding 33.9 juta pada suku tahun pertama 2024.

“Ia susulan pertumbuhan yang lebih perlahan dengan 0.9 peratus berbanding 2.0 peratus (ST1 2024),” katanya lagi. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here