Seorang pemuda maut selepas motosikal ditunggang terlibat kemalangan dengan sebuah motosikal lain di Parit Amat, Jalan Temenggung, Muar, hari ini.

MUAR – Seorang lelaki maut selepas motosikal ditunggang melanggar sebuah motosikal yang keluar dari simpang secara mengejut di Parit Amat, Jalan Temenggung Ahmad di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Raiz Mukhliz Azman Aziz berkata, pihaknya mengetahui kejadian tersebut pada pukul 8.15 pagi selepas menerima panggilan kecemasan daripada orang awam.

“Hasil siasatan mendapati kejadian berlaku apabila mangsa yang berusia 27 tahun menunggang motosikal di laluan utama dari arah Parit Bakar ke Parit Jawa.

“Motosikal mangsa terlanggar sebuah motosikal yang ditunggang seorang lelaki tempatan berusia 57 tahun yang keluar secara mengejut dari Simpang Parit Amat iaitu di sebelah kiri laluan utama,” katanya dalam satu kenyataan.

Raiz berkata, akibat pelanggaran tersebut, lelaki berkenaan meninggal dunia di tempat kejadian manakala seorang lagi penunggang motosikal terbabit cedera parah dan dirawat di Zon Merah Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF) di sini.

Menurutnya, kes disiasat bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987, jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara sehingga 10 tahun dan denda maksimum RM50,000.

Raiz Mukhliz meminta orang awam yang melihat kejadian itu supaya menghubungi Inspektor Noor Khairul Izham Noor Yusry 0139121508 atau tampil ke Balai Polis Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Muar bagi membantu siasatan.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here