MONTEVIDEO – Bekas Presiden Uruguay, Jose ‘Pepe’ Mujica meninggal dunia pada usia 89 tahun.
“Dukacita kami mengumumkan pemergian rakan Pepe Mujica. Presiden, aktivis, pemimpin dan ketua,” kata Presiden Uruguay, Yamandu Orsi menerusi patform X.
Semasa menjawat jawatan Presiden antara 2010 hingga 2015, Mujica dikenali sebagai ‘Presiden paling miskin dunia’ kerana menderma sebahagian besar gajinya, yang menyaksikan beliau menjalani kehidupan serba sederhana dan memberi tumpuan terhadap isu sosial.
Mujica menghadiri majlis negara dengan mamakai sandal selain menolak untuk mendiami di kediaman rasmi Presiden dan beliau duduk di rumah ladangnya yang terletak di luar Montevideo, di mana beliau menanam bunga untuk menjana pendapatan, amalan yang dikekalkan ketika menjadi Presiden.
Barang miliknya yang paling diingati ramai ialah kereta Volkswagen Beetle 1987 berwarna biru (dibeli pada harga AS$1,800), menjadi simbol global sebagai anti-materialisme selepas beliau menolak tawaran daripada warga Arab Saudi untuk membilunya pada harga AS$1 juta lalu berkata:”Anda tidak bayar sebegitu banyak untuk sebuah kereta yang banyak kemek,”.
Pada Mei 2024, Muijica yang tidak mempunyai anak menerima rawaran kanser esophagus yang kemudian merebak ke hati.
Pada minggu lalu, isterinya, Lucia Topolansky berkata bahawa bekas Presiden itu menerima rawatan yang lebih ringan berikutan kedaaan kesihatannya yang lebih baik. – Agensi