Aksi pemain Malaysia bagi acara Regu selepas berjaya menewaskan Filipina, 15-9 dan 15-6 pada Kejohanan Sepak Takraw Piala Asia ASTAF 2025 di Stadium Titiwangsa, Kuala Lumpur. Foto SADIQ SANI, 14 MEI 2025

KUALA LUMPUR – Malaysia meneruskan rentak cemerlang untuk membenam cabaran Filipina 2-0 pada aksi terakhir peringkat Kumpulan D acara regu Kejohanan Sepak Takraw Piala Asia 2025 yang berlangsung di Stadium Titiwangsa hari ini.

Malaysia yang dibarisi Mohammad Syahir Rosdi (tekong), Farhan Adam (pengumpan) dan Mohamad Azlan Alias (perejam) tidak berdepan masalah untuk mengekalkan momentum kemenangan yang diraih sebelum ini, sekali gus muncul juara kumpulan.

Filipina yang bermula baik pada awal set pertama tidak mampu mengekang asakan anak buah Ahmad Mohd Zain apabila bangkit dengan kemenangan 15-9.

Pada set kedua, kemasukan Muhammad Haziq Hairul Nizam menggantikan Mohammad Syahir berjaya menambah asakan sebelum melakar kemenangan bergaya 15-6.

Sebelum ini, Malaysia membuka kempen Kumpulan D dengan langkah kanan apabila menewaskan Nepal dan Singapura masing-masing dengan keputusan 2-0.

Aksi pemain Malaysia bagi acara Regu selepas berjaya menewaskan Filipina, 15-9 dan 15-6 pada Kejohanan Sepak Takraw Piala Asia ASTAF 2025 di Stadium Titiwangsa, Kuala Lumpur. Foto SADIQ SANI, 14 MEI 2025

Kemenangan ke atas Filipina itu memastikan Malaysia muncul juara Kumpulan D, manakala Filipina terpaksa berpuas hati di tempat kedua selaku naib juara.

Malaysia dijadual bertemu naib juara Kumpulan A, Brunei malam ini. – BERNAMA

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here