Foto: JBPM Kelantan.

KOTA BHARU – Seorang wanita maut manakala dua cedera parah dalam kemalangan jalan raya membabitkan dua kenderaan di Lebuhraya Ketereh-Kota Bharu malam ini.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tunjong Azhar Mohamed berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian pada 8.01 malam ini, sebelum mengarahkan lapan anggota bergegas ke lokasi kemalangan.

“Kemalangan jalan raya itu melibatkan dua buah kenderaan iaitu Honda City yang dipandu oleh seorang lelaki dan Proton Exora yang dinaiki oleh lima beranak.

“Seorang wanita di dalam Proton Exora meninggal dunia di lokasi kejadian manakala dua lagi mengalami kecederaan parah dan tiga lagi mangsa termasuk pemandu kereta Honda City hanya cedera ringan,” katanya dalam kenyataan hari ini. – BERNAMA

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here