Menteri Besar Selangor dan Calon Naib Presiden Keadilan, Datuk Seri Amirudin Shari beramah mesra bersama Calon Timbalan Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar pada Program Pertemuan Khas Anggota dan Pimpinan Keadilan Selangor di Dewan Raja Muda Musa, Shah Alam. Foto AIZAT ZAINAL, 14 MEI 2025.

SHAH ALAM – Tiada keperluan menyahut seruan Datuk Seri Rafizi Ramli untuk berdebat  dalam perebutan kerusi Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) menjelang pemilihan parti 2025 hujung bulan ini.

Nurul Izzah Anwar yang menolak tawaran itu berkata, langkah itu dibuat semata-mata untuk mengurangkan suasana tegang dalam kalangan perwakilan parti yang sedang membuat pertimbangan dalam pemilihan parti kali ini.

“Kita nak kurangkan ketegangan kerana pada kami, keutamaan untuk menyantuni perwakilan, lebih-lebih lagi kami nak teruskan, macam saya, saya ada program bersama wanita dan anak muda.

“Jadi, saya tak mahu kita tertumpu (kepada debat), ia bukan tentang berpolitik setiap kata, ia mengenai penglibatan dengan cabang kita,” katanya kepada pemberita selepas Program Pertemuan Khas Anggota dan Pimpinan Keadilan Selangor di Dewan Raja Muda Musa malam ini.

Terdahulu Rafizi yang juga Menteri Ekonomi mencabar Nurul Izzah selaku bekas Naib Presiden PKR untuk berdebat susulan tindakan anak kepada Perdana Menteri itu yang bertanding jawatan nombor dua dalam PKR itu mewujudkan persepsi bahawa parti itu mengamalkan nepotisme.

Sementara itu, ketika berucap pada program tersebut, Nurul Izzah komited untuk meneruskan kerja-kerja parti dan menyantuni rakyat meskipun tewas merebut jawatan Timbalan Presiden itu.

“Kami fokus menyantuni pengundi dan perwakilan, itu keutamaan kami dan ia sebahagian daripada persediaan kepada Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU-16),” katanya lagi. – MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN:

Rafizi ajak Nurul Izzah berdebat

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here