Fadhlina Sidek

 

KUALA LUMPUR – Nurul Izzah Anwar disifatkan sebagai panglima Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang membawa seruan damai untuk semua.

Ketua Wanita PKR, Fadhlina Sidek berkata, kredibiliti Nurul Izzah tidak perlu dipertikaikan kerana beliau telah bersama membina parti ini dalam segala mehnah dan tribulasi.

Bahkan, katanya, ahli-ahli PKR jauh lebih mengenali Nurul Izzah dan tahu kemampuan beliau yang sentiasa tampil dengan seruan-seruan hikmah.

“Beliau tidak pernah hilang. Tidak pernah berehat. Malah seluruh kehidupannya adalah untuk perjuangan ini,” katanya dalam hantaran di Facebook hari ini.

Lantaran itu, Fadhlina yang mempertahankan jawatannya dalam pemilihan parti itu menegaskan, PKR memerlukan seorang yang signifikan untuk kembali menerajui parti di posisi yang jauh lebih penting, selari dengan iltizam Nurul Izzah dalam kempennya “Bersama Membina Parti Kita”.

“Bersama Membina Parti Kita adalah anjuran yang tepat memperlihatkan komitmen beliau untuk terus bersama anggota akar rumput memperkukuhkan parti keramat ini. – MalaysiaGazette

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here