Special Branch defamation suit pontianak false claims

PASIR MAS – Seorang guru lelaki mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan menikam anak lelakinya menggunakan pisau pemotong sayur hingga cedera parah, awal bulan ini.

Asrolfandi Mohd Ab Suki, 47, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Zulkpli Abdullah.

Tertuduh didakwa dengan niat membunuh anak lelakinya berusia 11 tahun dengan menikam mangsa sebanyak dua kali menggunakan sebilah pisau hingga menyebabkan kecederaan parah di kediaman mereka di Kampung Banggol Che Dol, Pohon Tanjung, pada 8.55 pagi, 2 Mei lepas.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun, jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya Siti Aiysha Na’ilah Harizan tidak menawarkan sebarang jaminan manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Mahkamah menetapkan 15 Jun ini untuk sebutan semula kes bagi mendapatkan laporan forensik serta dapatan pemerhatian psikiatri terhadap tertuduh dari Hospital Bahagia, Perak. – BERNAMA

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here