Datuk Seri Saifuddin Abdullah

KUALA LUMPUR – Perikatan Nasional (PN) menyeru kerajaan supaya melibatkan guru-guru secara bermakna dari segi penghakupayaan, perwakilan dan perundingan dalam struktur dan proses membuat keputusan.

Pengerusi Portfolio Pendidikan PN, Datuk Seri Saifuddin Abdullah berkata, ia termasuk dari peringkat sekolah, pejabat pendidikan daerah, jabatan pendidikan negeri sehinggalah ke Kementerian Pendidian (KPM).

Jelas beliau yang juga Ketua Biro Pendidikan Bersatu, penglibatan guru-guru itu turut termasuk dalam perancangan, pelaksanaan dan penilaian reformasi pendidikan.

PN sendiri telah menyiapkan Cadangan Reformasi Pendidikan (CRP) pada Mac tahun lalu yang merangkumi lima komponen utama iaitu falsafah dan dasar; aliran, sistem, kurikulum dan kokurikulum; sumber manusia; penghakupayaan dan kebolehpasaran pelajar serta perundangan dan governans.

“CRP menekankan peri pentingnya perkara seperti melahirkan guru-guru pakar bidang (subject matter experts), dalam pelbagai bidang yang bertaraf antarabangsa serta memperbanyakkan jumlah dana penyelidikan dalam bidang perguruan.

“Selain itu, CPR turut menekankan mengenai usaha meningkatkan mutu, skim perkhidmatan dan penghakupayaan guru, termasuk menangani isu guru-guru yang bersara awal dan meringankan beban tugas guru dengan menambah jumlah guru pembantu dan kerani,” katanya dalam kenyataan sempena sambutan Hari Guru hari ini.

Tambah Saifuddin, CPR telah dilibat urus dengan beberapa kaedah termasuk perbahasan dan soalan Dewan Rakyat dan dalam Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen Tentang Pembinaan Bangsa, Pendidikan dan Pembangunan Sumber Manusia (JKPK) yang dipengerusikan beliau sendiri. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here