Kakitangan JAS melakukan pemeriksaan di sebuah kilang di kawasan Perindustrian Pasir Gudang, Johor Bahru kelmarin.

JOHOR BAHRU – Pengarah urusan dan pengurus kilang antara tiga individu yang ditahan Jabatan Alam Sekitar (JAS) dalam pemeriksaan di kawasan Perindustrian Pasir Gudang, di sini, kelmarin.

Pengarah JAS Johor, Dr Mohd Famey Yusoff berkata, penahanan dua lelaki dan seorang wanita itu susulan aduan awam berhubung pelupusan haram buangan terjadual di sebuah gudang terbiar di kawasan terbabit.

“Siasatan mendapati terdapat buangan terjadual yang ditanam di kawasan semak oleh sebuah premis pembuatan minyak bahan api.

“Hasil siasatan lanjut menemukan lebih kurang 16 bekas bahan cecair mengandungi buangan terjadual ‘SW 311’ iaitu buangan minyak atau enap cemar berminyak yang distor di dalam bangunan tinggalan kilang.

“Sebanyak tiga pensampelan buangan telah dijalankan dan dianalisa Jabatan Kimia Negeri Johor,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Dr Mohd Famey berkata, tangkapan terhadap tiga suspek berumur lingkungan 28 hingga 62 tahun itu dibuat mengikut Seksyen 37C, Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974.

Katanya, penahanan tiga suspek itu  untuk siasatan lanjut berhubung kes pencemaran ke atas tanah di bawah Seksyen 24(1) dan Seksyen 34B(1)(a), Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974.

“Pihak industri adalah diingatkan agar sentiasa mematuhi Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan Peraturan-Peraturan dibawahnya.

“Kegagalan pematuhan terhadap peruntukan Jabatan akan menyebabkan tindakan perundangan dikenakan ke atas Syarikat dan juga Pengarah Syarikat,” katanya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here