Jovitra

BENTONG – Seorang datuk memohon bantuan orang ramai bagi mengesan cucunya, Jovitra, 16, yang dilaporkan hilang sejak semalam.

Ketua Polis Bentong, Superintendan Zaiham Mohd Kahar berkata mangsa dikatakan kali terakhir dilihat di Rumah Pangsa Batu 1, di Jalan Tras, di sini.

”Polis Bentong telah menerima satu laporan polis berkaitan orang hilang di mana pengadu merupakan datuk kepada mangsa pada jam 12.06 pagi tadi.

”Polis memohon kerjasama orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan individu tersebut untuk tampil ke mana-mana balai polis berdekatan,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Selain itu mereka juga boleh menghubungi mana-mana Balai Polis di bawah pentadbiran IPD Bentong.

Zaiham berkata gadis berbangsa India itu dilihat kali terakhir mengenakan baju T-Shirt berwarna hitam berlengan pendek dan berseluar jeans berwarna hitam.

Tambahnya Jovitra berkulit sawa matang, berketinggian lebih kurang 160 sentimeter (cm), dengan berat 42 kilogram (kg) dan berbadan sederhana. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here