Keadaan bangkai trak polis dan lori muatan batu dalam nahas jalan raya yang mengorbankan sembilan mangsa termasuk anggota Pasukan Simpanan Polis Persekutuan (FRU) di Jalan Chikus - Sungai Lampan, Teluk Intan, pada Selasa. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 13 MEI 2025. (Gambar fail).

KUALA LUMPUR – Sebuah Pasukan Petugas Khas Siasatan Insiden Kemalangan maut ditubuhkan bagi menyiasat nahas yang meragut sembilan nyawa anggota Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) dan mencederakan lapan lagi di Teluk Intan, Perak, 13 Mei lalu.

Pasukan yang diketuai Kementerian Pengangkutan itu diberi tempoh 30 hari bermula 15 Mei lalu untuk mengemukakan laporan siasatan awal kepada kementerian.

Menurut Kementerian Pengangkutan, pasukan tersebut telah mula menjalankan kerja-kerja siasatan minggu lalu.

Katanya, pasukan tersebut bermatlamat untuk menjalankan siasatan terperinci terhadap punca kejadian, termasuk mengenal pasti sebarang kelemahan sistemik dari aspek keselamatan jalan raya.

ARTIKEL BERKAITAN

https://malaysiagazette.com/2025/05/19/nahas-fru-pemandu-lori-batu-bebas-dengan-jaminan/

https://malaysiagazette.com/2025/05/13/stereng-lori-pasir-rosak-punca-rempuh-lori-fru/

Ia juga akan menganalisis keberkesanan penguatkuasaan sedia ada serta peraturan dalam industri pengangkutan; dan menilai semula garis panduan, infrastruktur, dan penggunaan teknologi keselamatan bagi mencegah kejadian serupa berulang pada masa akan datang.

Pasukan tersebut dianggotai pelbagai pakar serta wakil agensi utama berkaitan termasuk:

    1. Ketua Inspektor Kemalangan Udara MOT, Brigadier Jeneral Tan Chee Kee TUDM (Pengerusi);
    2. Wakil daripada JPJ, MIROS, PDRM, dan ATM;
    3. Dua orang Ahli Parlimen, iaitu Datuk Seri Utama Hasni Mohammad dan YB Ir. Ts.  Khairil Nizam Khirudin;
    4. Profesor Kulanthayan K.C. Mani @ Subramaniam dari Universiti Putra Malaysia (UPM) dan;
    5. pakar jurutera bebas, Dato’ Ir. Foong Choy Chye.

“Kementerian ingin menegaskan bahawa fokus utama siasatan ini bukanlah untuk menuding jari kepada mana-mana pihak, sebaliknya untuk mengenal pasti kelemahan sistem sedia ada dan mencadangkan langkah-langkah penambahbaikan secara sistematik dan berkesan, demi menjamin keselamatan pengguna jalan raya— khususnya melibatkan kenderaan berat,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tambah Kementerian Pengangkutan, ia akan memastikan bahawa setiap syor dan dapatan yang dikemukakan akan diteliti secara menyeluruh untuk tindakan susulan di peringkat dasar dan operasi. -MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here