Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan. Foto AIZAT ZAINAL, 6 MAC 2025.

KUALA LUMPUR – Polis menafikan dakwaan mengenai penemuaan mayat di sebuah rumah di Petaling Jaya adalah Datin Seri Pamela Ling seperti yang ditularkan di media sosial sejak semalam.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, setakat ini tiada sebarang laporan diterima berkaita penemuann mayat di lokasi itu seperti yang dinyatakan dalam laporan tular itu.

“Polis mengesahkan hantaran bertajuk ‘Police Interview Pamela Ling’s Children and Family Friend In Death Investigation’ adalah palsu.

“Ini adalah penyebaran berita palsu yang menjadi kesalahan di bawah Seksyen 233(1)(A) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588),”katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambahnya, inidvidu didapati bersalah boleh didenda mencecah RM50,000 atau penjara sehingga setahun atau kedua-duanya sekali dan denda tambahan RM1,000 bagi setiap hari kesalahan diteruskan selepas sabitan.

Hussein juga mengingatkan masyarakat supaya merujuk kepada sumber rasmi dalam mendapatkan maklumat dan kerjasama orang ramai dalam mengekang penyebaran berita tidak sahih.

Terdahulu, tular laporan sebuah portal mendakwa anak-anak serta rakan keluarga Pamela Ling diambil keterangan bagi membantu siasatan berhubung penemuan mayat wanita itu. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here