Peserta Program Gotong-Royong Tanah Perkuburan Islam Bukit Ubi 1.0 mengumpulkan dahan pokok besar yang telah dipotong selain mencabut rumput di kawaan tanah perkuburan hari ini.

KUANTAN – Bermula dengan insiden pemotongan air di Tanah Perkuburan Bukit Ubi di sini akhirnya menjadi asbab kepada kerjasama dalam kalangan penduduk dan petugas agensi kerajaan.

Hari ini mereka mengadakan gotong royong membersihkan kubur bersama-sama.

Pengerusi Majlis Tindakan Sosial Pahang Parlimen Indera Mahkota, Nik Mohd Ridzuan  Kamarudin berkata, pihaknya  berbesar hati apabila gotong-royong berjaya dilaksanakan hasil kerjasama pelbagai pihak untuk membersihkan kawasan persekitaran kubur itu.

”Syukur alhamdulillah, Program Gotong-Royong Tanah Perkuburan Islam Bukit Ubi 1.0 yang telah diadakan hari ini telah berjaya dilaksanakan dengan lancar dan penuh semangat kerjasama.

”Program ini tercetus idea apabila pihak kami mengadakan perjumpaan bersama Pejabat Agama Islam Daerah Kuantan untuk menyelesaikan kes bil air kubur yang tertunggak dan telah dipotong baru-baru ini.

“Kemudiannya Kadi Kuantan telah bersetuju dan menjadi penganjur utama aktiviti ini,” katanya kepada MalaysiaGazette.

Menurut Nik Mohd Ridzuan, antara pihak yang menyertai gotong royong adalah Jabatan Bomba dan Penyelamat, Jabatan Penjara Malaysia, Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP), Majlis Bandaraya Kuantan (MBK), Jabatan Pertahanan Awam (JPAM), KRT Bukit Ubi, Masjid Negeri Sultan ahmad 1,SWCorp Alam Flora dan waris keluarga di kubur yang sama.

Antara aktiviti pembersihan dilakukan ialah memotong dahan pokok besar, membersihkan daun kering, mencabut rumput, membuang dan membakar sampah sampah-sarap termasuk membuang ’dapur’ kubur yang sudah pecah atau reput.

Program berlangsung selama empat jam itu turut dijayakan beberapa pihak swasta yang menaja makanan dan ada dalam kalangan waris yang turut menyumbang makan dan minum sepanjang program berjalan.

Nik Mohd Ridzuan berharap program seumpama itu dapat diteruskan pada masa akan datang bagi membersihkan kawasan perkuburan supaya sentiasa bersih dan kemas. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here