Foto: FB Sultan Ibrahim Sultan Iskandar

KUALA LUMPUR – Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan mengurniakan 100 ekor lembu bagi penyertaan Ibadah Korban bersempena sambutan Hari Raya Aidiladha pada tahun ini.

Baginda turut berkenan melafazkan niat korban, yang dipimpin oleh Datuk Munir Md Salleh, Pegawai Agama Istana Negara di Istana Negara hari ini.

Bagi menyempurnakan ibadah berkenaan, Sultan Ibrahim turut berkenan mewakilkan kepada urusetia pelaksana korban Istana Negara untuk melaksanakan ibadah korban bagi pihak Seri Paduka Baginda.

Menerusi hantaran di laman sosial Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar hari ini, baginda menitahkan supaya daging korban diagihkan kepada kakitangan Istana Negara, golongan asnaf dan B40.

“Semoga ibadah ini diterima Allah Subhanahu Wa Ta’ala dan Seri Paduka Baginda serta seluruh Keluarga Diraja Johor sentiasa dirahmati, diampuni dan dipermudahkan segala urusan dunia dan akhirat,” doa Datuk Munir. – MalaysiaGazette

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast