KUALA LUMPUR – Parti Sosialis Malaysia (PSM) mencadangkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk mengambil alih Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) secara sepenuhnya sehingga pembinaan hospital baharu di Petaling Jaya disempurnakan.
Ahli Jawatankuasa Pusat Parti Sosialis Malaysia, Gandipan Nantha Gopalan berkata, sehingga hari ini tiada maklumat mengenai pengumuman perbincangan Kerajaan Negeri Selangor dengan KKM untuk membina hospital baharu di Petaling Jaya bagi mengurangkan kesesakan di Hospital Shah Alam yang dibuat pada 24 Februari 2025 oleh Exco Kesihatan, Jamaliah Jamaluddin.
“Perbincangan mengenai hospital baharu di Petaling Jaya bermaksud kerajaan sendiri menerima hakikat bahawa memang mempunyai keperluan untuk membina hospital baharu di daerah Petaling.
“Namun, sehingga hari ini, tiada maklumat lanjut tentang lokasi, peruntukan tanah, atau jangka masa projek,” katanya dalam kenyataan i sini.
Beliau tidak menolak kemungkinan besar proses ini mengambil masa yang lama disebabkan kepadatan daerah Petaling dan sukar untuk mencari tanah seluas 17 ekar untuk membina sebuah hospital awam.
Disebabkan kekangan-kekangan yang dihadapi oleh kerajaan, adalah wajar untuk KKM mengambil alih operasi PPUM dan memberikan perkhidmatannya dengan kadar bayaran yang sama seperti hospital-hospital awam yang lain, ujarnya.
“Sekurang-kurangnya, KKM dan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) haruslah duduk dan berbincang supaya mencari jalan penyelesaian untuk isu ini. Kerajaan tidak harus memberi ruang kepada PPUM untuk menaikkan caj perkhidmatannya.
“Walaupun PPUM mempertahankan keputusan menaikkan caj, realitinya amat pahit untuk rakyat biasa di sekitar Petaling Jaya. Ia sangat tidak adil untuk rakyat biasa untuk menerima peningkatan caj hospital yang mendadak sehingga 70%,” kata Gandipan lagi.
Oleh itu, katanya, PSM menyeru semua penduduk Petaling Jaya untuk bersuara dan mendesak kerajaan untuk memenuhi hak asas kesihatan mereka. Setiap hari tanpa hospital awam adalah satu penganiayaan untuk penduduk daerah itu. – MalaysiaGazette
















PPUM tu ialah hospital pengajar dan penyelidikan untuk Fakulti Perubatan UM ..bukannya hospital umum…habis tu nasib pelajar perubatan UM macam mana? Semua IPT yg ada course perubatan ada hospital pengajar…UKM ada, UPM ada, UiTM, USM ada, Unimas pun ada…tak kan pelajar perubatan UM tak ada hospital pengajar…bodoh punya cadangan