Empat suspek akan didakwa di Mahkamah Sesyen Butterworth hari ini.

SEBERANG PERAI – Empat lelaki yang terlibat dalam kes tetak seorang ahli perniagaan di hadapan Perak Duck, Jalan Raja Uda di sini, pada 16 Mei lalu akan didakwa di Mahkamah Sesyen Butterworth hari ini.

Dua suspek yang masing-masing berusia 28 serta 32 tahun berdepan pertuduhan memgikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 34 akta yang sama.

Manakala dua lagi suspek berusia 33 dan 53 tahun pula, akan berdepan tuduhan mengikut Seksyen 109 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 326 akta sama kerana bersubahat menyebabkan kecederaan parah pada mangsa.

Suspek yang akan didakwa ini mempunyai sekurang-kurangnya sembilan rekod jenayah lampau.

ARTIKEL BERKAITAN

Lima lelaki direman, terima upah tetak ahli perniagaan

Media sebelum ini melaporkan seorang ahli perniagaan patah tangan kiri selain mengalami kecederaan lain akibat ditetak menggunakan parang oleh sekumpulan lelaki dalam kejadian di Jalan Raja Uda. dekat sini.

Insiden berkenaan turut tular di media sosial dengan memaparkan suspek bertopeng melarikan diri menaiki sebuah kereta jenis Nissan Almera berwarna putih selepas menyerang seorang lelaki menggunakan parang.

Mangsa dalam keadaan berlumuran darah pada tangan kiri kemudian meminta bantuan orang awam dan diberikan rawatan awal di sebuah klinik sebelum dia dibawa ke Hospital Seberang Jaya untuk rawatan lanjut.

Susulan itu, polis berjaya menahan suspek yang terlibat dalam beberapa serbuan di sekitar daerah Seberang Perai Tengah antara 19 hingga 20 Mei lalu. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast